KUALA LUMPUR: ‘Miss World Noble Queen’ bukan pertandingan ratu cantik pondan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, penganjur memaklumkan, secara jelas kriteria peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ialah wanita.
“Kelayakan untuk menyertai sebagai peserta adalah wanita dengan lingkungan umur 18 hingga 29 tahun dan tidak pernah berkahwin serta tidak mempunyai anak.
“Peserta hendaklah memiliki wajah cantik dengan ketinggian minimum 165 sentimeter (cm), perwatakan dan fizikal serta kesihatan mental yang baik,” kata kenyataan itu pada Isnin.
Sebelum ini, seorang pengguna media sosial telah memuat naik hantaran dengan membantah penganjuran program berkenaan yang didakwa sebagai pertandingan ratu cantik pondan.
Kata kenyataan itu, penetapan kriteria dalam pemilihan peserta telah dibuat pada tahun 2015.
Pada 14 November lalu, media melaporkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen pada 12 Disember depan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 21 2023
Penganjur memaklumkan, secara jelas kriteria peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ialah wanita. - Gambar/ Sinar Harian
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bukan pertandingan ratu cantik pondan - Penganjur
Miss World Noble Queen bukan pertandingan ratu cantik pondan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.