awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
07/01/2021
12:27 MYT
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
Dalam situasi bencana, kasih sayang sesama makhluk perlu diutamakan juga. - JBPM Kuala Krai
KUALA KRAI:Tugas menyelamat dalam situasi banjir yang dianggap buruk di Kelantan kali ini tidak hanya terbatas kepada manusia dan juga harta benda, malah haiwan peliharaan.
Pada siang Khamis, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Krai memindahkan 31 ekor kucing peliharaan milik sebuah keluarga ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Rizwan Ar Rafee Parsimin memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi bagi memindahkan dua keluarga dari kampung Kenor, di sini.
Panggilan kecemasan dari dua buah keluarga mendapat perhatian pasukan JBPM Kuala Krai.
Panggilan kecemasan dari dua buah keluarga mendapat perhatian pasukan JBPM Kuala Krai.
"Operasi pemindahan mangsa banjir melibatkan haiwan peliharaan dan dua keluarga ini membabitkan 10 orang anggota.
"Pihak kami menggunakan sebuah lori, sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot bagi memindahkan lima orang perempuan dewasa, seorang bayi dan 31 ekor kucing peliharaan keluarga berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Keluarga yang diselamatkan itu turut memiliki puluhan kucing peliharaan. - JBPM Kuala Krai
Keluarga yang diselamatkan itu turut memiliki puluhan kucing peliharaan. - JBPM Kuala Krai
Mereka dipindahkan ke Pusat Pemindan Sementara, di Sekolah Menengah Keroh, Kuala Krai selepas rumah mereka dinaiki air.
"Operasi pemindahan berjalan lancar dan kucing peliharaan keluarga berkenaan selamat dari musibah banjir di Kuala Krai ini," katanya.
Banjir gelombang ketiga di Kelantan setakat petang ini menyaksikan lebih 5,000 orang mangsa banjir dipindahkan membabitkan lima jajahan dengan Kuala Krai paling terjejas.
Sebahagian daripada kucing peliharaan sebuah keluarga yang turut diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. - JBPM Kuala Krai
Sebahagian daripada kucing peliharaan sebuah keluarga yang turut diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. - JBPM Kuala Krai
Topic Berkaitan
#selamatkan kucing kucing peliharaan
#haiwan comel
#keluarga mangsa
#mangsa banjir
#JBPM
#Kuala Krai
#bomba dan penyelamat
#banjir kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan