KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjelaskan bahawa bukan semua parkir kereta di bawah seliaannya boleh digunakan tanpa bayaran selepas waktu pejabat.
Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan terdapat 11 parkir kereta yang telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar bandar raya ini.
"Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir mengenakan caj parkir di Bukit Bintang, siasatan mendapati tapak yang dimaksudkan adalah tempat letak kereta terbuka di tepi lorong Off Jalan Sultan Ismail.
"Tapak ini merupakan petak parkir di bawah kawalan DBKL dan dikenakan bayaran parkir. Bayaran dikenakan pada waktu pejabat iaitu hingga 5 petang. Pada masa sama, DBKL telah menyewakan urusan parkir ini kepada syarikat persendirian untuk menguruskan lapan petak letak kereta secara joki yang beroperasi selepas waktu pejabat," menurut kenyataan itu.
DBKL memaklumkan pihak operator joki juga telah diarahkan meletakkan papan tanda makluman operasi parkir kereta joki di tapak berkenaan dengan segera bagi memastikan orang awam maklum mengenai perkhidmatan itu.
Baru-baru ini tular video menerusi laman TikTok seorang pengguna memaparkan terdapat kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar parkir sebanyak RM15.
Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengambil serius mengenai sindiket ulat parkir di sekitar ibu negara dan sejak tahun lepas sehingga kini, sebanyak 75 ulat parkir telah diambil tindakan di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pasukan DBKL akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap di kawasan tumpuan ulat parkir iaitu di Bukit Bintang, Jalan Beremi dan Jalan Walter Granier bagi membanteras ulat parkir.
"DBKL juga ingin menasihatkan orang awam supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian terutama di kawasan pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta membantu usaha DBKL mengurangkan pelepasan karbon," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
DBKL memaklumkan terdapat 11 parkir kereta yang telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar bandar raya ini.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor
Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar turut mendapati kesemua pekerja yang terdiri daripada warga asing didapati tiada suntikan typhoid serta tiada sijil pengendalian makanan.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
Tiga premis kotor diarah tutup
Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa
DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dekat sini pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.