awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2024
03:18 MYT
DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor
Air yang digunakan untuk membersihkan ayam tidak diganti secara berkala. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat sembelihan ayam membabitkan tiga syarikat berlainan di Kampung Cheras Baru dekat sini diarahkan tutup serta merta selepas pemeriksaan mendapati ia beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak berlesen.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada Sabtu turut mendapati kesemua pekerja yang terdiri daripada warga asing didapati tiada suntikan typhoid serta tiada sijil pengendalian makanan.
Menurutnya, pengusaha turut tidak mengambil berat dalam aspek pematuhan kebersihan apabila ayam yang telah diproses diletakkan di atas lantai yang kotor.
"Selain itu air sisa darah, tulang dan bulu juga dilepaskan terus ke longkang awam.
"Pusat sembelihan ini juga didapati tidak mempunyai 'water treatment plant yang sesuai dan air digunakan untuk membersihkan ayam juga tidak diganti secara berkala," katanya menurut perkongsian di Facebook.
Seramai 21 petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar terlibat dalam serbuan tersebut.
Susulan itu katanya, sebanyak tiga notis perintah penutupan premis dikeluarkan di bawah UUK 28 (1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan berkuat kuasa serta-merta.
"Selain itu tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua kompaun di bawah seksyen 23(3)(b) dan tiga kompaun di bawah seksyen 33(3) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 turut dikeluarkan kepada pihak operator.
"DBKL juga akan merujuk kes ini kepada Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tindakan susulan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#pusat sembelihan ayam
#Kampung Cheras Baru
#kotor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan