awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan semua projek rundingan terus tidak teratur, diambil kesempatan - Tuan Ibrahim

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/12/2022
08:27 MYT
Bukan semua projek rundingan terus tidak teratur, diambil kesempatan - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim menegaskan Anwar tidak seharusnya menganggap semua projek melalui rundingan terus adalah tidak teratur dan wujud pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap projek berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tahu bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan bukanlah satu kesalahan perolehan.
Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Anwar juga tidak seharusnya menganggap semua projek melalui rundingan terus adalah tidak teratur dan wujud pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap projek berkenaan.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Tuan Ibrahim menegaskan semua proses kawal selia prosedur kewangan, termasuk Kementerian Alam Sekitar dan Air mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan ditetapkan Kementerian Kewangan.
BACA: Kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion batal, perlu diteliti semula - PM Anwar
“Beliau tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.
“Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain.
“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
AWANI Ringkas: Projek tebatan banjir disemak semula
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Anwar yang mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dibatal dan dihentikan serta-merta.
Keputusan itu dibuat kerana menurut Ahli Parlimen Tambun itu, projek tersebut tidak mematuhi peraturan serta diluluskan secara rundingan terus.
Kata Anwar lagi, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula kelulusan itu bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#tebatan banjir
#rundingan terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan