Mengulas lawatan beliau ke Gaza, Najib berkata beliau secara peribadi dan juga dalam ucapannya memberitahu Hamas bahawa kunjungan beliau itu atas sebab kemanusiaan dan misi keamanan.

"Saya datang bukan untuk memihak kepada Hamas. Saya datang bukan untuk campur tangan dalam politik dalaman.

"Saya datang dengan satu misi dan pada asasnya untuk memberitahu mereka... anda perlu bersatu dan membentuk sebuah kerajaan perpaduan. Sebaik sahaja anda membentuk kerajaan perpaduan, selepas itu anda patut berunding dengan Israel," kata Najib.