Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan semua bukan warganegara Malaysia yang ingin memasuki Sarawak dari luar negara, tidak perlu menjalani ujian RT-PCR sebelum berlepas dari negara asal, namun perlu dikuarantin sebaik tiba.
Timbalan Ketua Menteri, merangkap pengerusi jawatankuasa itu Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebaik tiba di Sarawak, mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan diambil ujian RT-PCR pada hari kedua dan hari ke-10, dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri.
Beliau berkata untuk pekerja industri minyak dan gas; bagi warganegara Malaysia dari Semenanjung (Malaysia), Labuan, Sabah dan warganegara asing; mereka akan berada di pusat kuarantin selama 14 hari, dan ujian RT-PCR akan diambil pada hari kedua dan ke-10.
"Sekiranya negatif, mereka akan dibenarkan untuk ke pelantar," katanya pada sidang media harian JPBN di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Sarawak merekodkan 25 kes positif COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini sebanyak 675 kes.
Satu kluster baharu yang dikenali sebagai kluster Pasar Satok telah diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan, dengan jumlah keseluruhan kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak adalah 10.
Uggah seterusnya mengumumkan Daerah Kuching kini bertukar status dari zon Kuning kepada zon Merah selepas 16 kes tempatan baharu dilaporkan di Kuching, menjadikan kini jumlah keseluruhannya sejak 14 hari lepas menjangkau 53 kes.
"Daerah Samarahan, Serian, Bau dan Lundu pula bertukar status daripada zon Hijau kepada zon Kuning. Daerah yang masih berstatus hijau kini berjumlah 35 daerah," katanya.
Semalam JPBN Sarawak mengumumkan dalam tempoh 1 hingga 14 Ogos, operasi peniagaan di Zon Satu (zon Kuning/Merah COVID-19) iaitu Kuching, Samarahan dan Serian dihadkan dari pukul 6.00 pagi sehingga 10 malam.
"Ia memang amat menyedihkan kerana kita terpaksa mengenakan langkah ini sekali lagi. Kita faham bahawa banyak perniagaan akan terjejas teruk dengan langkah ini, namun ia perlu dilakukan bagi membolehkan kita mengawal penularan jangkitan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020
Sarawak merekodkan 25 kes positif COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini sebanyak 675 kes. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.
Penduduk Malaysia dianggarkan 33 juta pada suku keempat 2022 -DOSM
Jumlah itu merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.
Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.
COVID-19: Bukan warganegara penyumbang terbesar peratusan rendah vaksin di Kinabatangan
Pegawai Kesihatan Kinabatangan, Dr Maini Sabait berkata, 80 peratus penerima vaksin di daerah itu merupakan bukan wargenegara.
Kluster tempat kerja: Ingkar SOP perlu hukuman lebih berat
Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.
COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham
Sebanyak 77 kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,554 orang.
Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021
Jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.
Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.
Vaksin percuma: Kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat - Khairy
Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta warga asing yang berkemungkinan menyebabkan virus itu merebak dan menjangkiti penduduk.