KUCHING: Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan pengecualian arahan itu diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.
Menurut JPBN Sarawak, mereka hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada ketua jabatan dan permit kerja sah (jika berkenaan) sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Pekerja sektor swasta juga diberikan pengecualian dan mereka perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan permit kerja sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.
"Bukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.
"Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS," menurut JPBN Sarawak.
Turut diberi pengecualian ialah pemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.
Selain itu, kesemua mereka juga perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak. -apkpure.com
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
Perompak maut dilanggar mangsa, polis buru 2 rakan larikan diri
Cubaan rompak tiga lelaki gagal apabila seorang daripada mereka maut selepas dilanggar oleh mangsa di sebuah farmasi di Kuala Kedah, di sini pada Selasa.
Polis gagalkan cubaan seludup syabu dalam tong gas
Cubaan mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyeludup syabu dalam tong gas untuk dibawa ke Indonesia menerusi sempadan Sri Aman berjaya dipatahkan polis Sarawak.
Sarawak sedia jadi sebahagian daripada lokasi Sukan Komanwel ke-23
Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik tawaran agara Malayasia menjadi penganjur Sukan Komanwel malah menawarkan untuk menjadi venue bagi beberapa acara untuk diadakan di negeri itu.
Tempoh menunggu tunai haji dijangka lebih singkat menjelang 2030
Tempoh menunggu menunaikan haji dijangka dapat dipendekkan pada masa akan datang, sejajar usaha kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang 2030 berbanding dua juta pada waktu ini.
Sabah rancang benih awan bagi atasi masalah air
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan melaksanakan pembenihan awan sebagai alternatif bagi mengatasi masalah kemarau di negeri itu.
ADUN Sulabayan desak kerajaan Sabah tangani segera isu bekalan air bersih
ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong mahu kerajaan segera menyelesaikan isu bekalan air bersih susulan cuaca panas kering yang melanda beberapa kawasan di negeri itu bagi memudahkan penduduk menjalani ibadah puasa.
Masalah bekalan air rumitkan penduduk harungi Ramadan
Tinjauan di Kg Batu Payug, Tawau mendapati penduduk mengharungi bulan Ramadan dengan kekurangaan bekalan air bersih sehingga menjejaskan urusan harian.
Cuaca panas: Suhu di Perlis, Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celsius
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa peraturan baharu masuk ke negeri itu susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah.