awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman pastikan penguatkuasaan PKP dipertingkat - Acryl Sani

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2020
01:28 MYT
Bukit Aman pastikan penguatkuasaan PKP dipertingkat - Acryl Sani
Acryl Sani berkata, masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP. Gambar hiasan/ Bernama.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar kadar pematuhan meningkat kepada 100 peratus di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ini berikutan masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP.
Beliau berkata antara alasan diberikan mereka tidak munasabah dan kononnya tidak tahu mengenai arahan PKP yang sudah masuk hari ke-16 pelaksanaannya, hari ini.
“Sebagai contoh, alasan keluar rumah untuk membeli roti, air dan rokok pada pukul 11 malam adalah tidak munasabah kerana orang awam sudah diberitahu bahawa semua kedai ditutup pada 8 malam serta tidak dibenarkan keluar rumah selepas 10 malam.
“Orang awam perlu peka dan mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Plaza Tol PJS2, di sini, tengah malam Rabu.
Acryl Sani berkata pihaknya serius dan mahu arahan PKP itu dipatuhi orang awam di seluruh negara agar wabak berkenaan dapat dibendung.
“Ketika ini, kita semua sedang melawan sesuatu yang tidak nampak (wabak COVID-19), sekiranya kita leka maka ia akan menggagalkan misi untuk memastikan kadar kes direkodkan kepada sifar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi di daerah itu yang dianggap ‘meriah’ apabila masih ramai orang awam ingkar arahan PKP di kawasan tersebut.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, lokasi berkenaan adalah di Taman Medan, Taman Dato Harun, Ara Damansara dan Damansara Damai, di sini.
“Pihak polis akan memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu kepada orang awam supaya tidak keluar rumah sebelum 10 malam.
“Sekiranya masih ada orang awam yang ingkar arahan PKP (selepas 10 malam), kami akan terus membuat tangkapan,” katanya.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acryl Sani
#Bukit Aman
#COVID-19
#KDNKA
#Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan