awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman sedia kesan wanita disyaki curi wang di kasino Korea Selatan

Bernama
Bernama
14/01/2021
14:52 MYT
Bukit Aman sedia kesan wanita disyaki curi wang di kasino Korea Selatan
PDRM belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan bagi membantu mengesan seorang wanita pekerja warga Malaysia yang didakwa terbabit dalam kes kecurian wang dari pusat perjudian Jeju Shinhwa World di pulau peranginan Jeju.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata sehingga kini PDRM masih belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.
"Kami masih menunggu sekiranya polis Korea Selatan ingin memohon bantuan untuk mendapatkan maklumat berhubung kes itu dan sekiranya mereka sedang menjalankan siasatan serta mengesan wanita terbabit.
“Jika ada permohonan melalui saluran rasmi dan wanita berkenaan sah berada di negara ini, kita sedia membantu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa menemukan timbunan wang bernilai beberapa bilion won di kediaman wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu yang kini menjadi suspek utama susulan kejadian kecurian di Kasino Landing di Jeju Shinhwa World, minggu lalu.
Laporan tersebut menyebut sebanyak 14.56 bilion (RM53.7 juta) dilaporkan hilang dari Kasino Landing di Jeju Shinhwa World itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#kasino
#Korea Selatan
#wanita Malaysia
#warga Malaysia
#kes kecurian wang
#pusat perjudian
#Jeju Shinhwa World
#Jeju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan