awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman siasat 14 anggota, pegawai sertai pertubuhan haram

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2023
14:28 MYT
Bukit Aman siasat 14 anggota, pegawai sertai pertubuhan haram
Difahamkan, pertubuhan kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) itu dipercayai aktif di kalangan anggota terbabit sejak beberapa tahun lalu. - Gambar hiasan
DUNGUN: Bukit Aman menahan 12 anggota dan dua pegawainya untuk siasatan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.
Operasi Op Selendang yang dijalankan itu turut menahan tujuh orang awam.
Difahamkan, pertubuhan kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) itu dipercayai aktif di kalangan anggota terbabit sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, polis turut merampas beberapa buah kenderaan selain pelbagai barang antaranya telefon bimbit, senjata tajam, baju berlogo, borang keahlian, buku akad sumpah dan pelekat.
Tambah sumber, kesemua tangkapan telah direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan terbabit.
"Siasatan masih dijalankan dan satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#anggota polis
#pertubuhan haram
#Ayahanda Harimau Kumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan