Bukit Aman menubuhkan pasukan penyiasat untuk dihantar ke Bangkok bagi menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, berhubung dakwaan lelaki itu mengenai pertemuannya dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia bagi menjual maklumat sulit.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagaimanapun, polis Malaysia masih menunggu panduan daripada Polis Thailand untuk ke negara itu dan menjalankan siasatan ke atas Justo.
"Pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk ke Thailand telah kita tubuhkan dan mereka telah bersiap sedia untuk ke sana (tetapi) sehingga hari ini kami belum dapat kebenaran dari sana... jadi, saya tunggu mereka di sana selesaikan bahagian mereka terlebih dahulu sebelum pasukan kita ke sana untuk rekodkan
keterangan dan jalankan siasatan.
"Kalau boleh, memang kita hendak ke sana secepat mungkin tetapi kita kena faham, menjalankan siasatan membabitkan kes besar seperti ini perlu dilakukan lebih teliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Khamis lepas, Polis Thailand mendedahkan bahawa ada pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit.
Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) Polis Thailand di Koh Samui pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.
Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khalid berkata kes itu mungkin mengambil masa agak panjang kerana ia melibatkan banyak pihak.
Ditanya mengenai pasukan itu, Khalid enggan mendedahkan bilangan pegawai yang terlibat dan siapa yang mengetuainya.
"Berapa ramai dan diketuai oleh siapa, akan saya umumkan kemudian... biarlah dulu," katanya.
Ditanya sama ada Justo akan diekstradisi ke negara ini, Khalid berkata setakat ini, pihaknya belum membuat keputusan ke arah itu dan tindakan untuk ekstradisi bergantung kepada laporan siasatan pasukan PDRM itu.
"Biar pasukan kita jalankan siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan sama ada nak ekstradisi atau sebaliknya," katanya.
Bernama
Mon Jul 20 2015
KHALID: Polis Malaysia masih menunggu panduan daripada Polis Thailand untuk ke negara itu dan menjalankan siasatan ke atas Justo.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.