KUALA LUMPUR: Bukit dan gua batu kapur di Ipoh, Perak sepatutnya menjadi milik kerajaan negeri dan laluan awam ke kawasan itu tidak sepatutnya terhalang.
Menurut pakar alam sekitar, Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, terdapat keperluan dasar dan iltizam untuk membenarkan masyarakat awam menikmati keindahan dan keistimewaan alam anugerah Ilahi itu.
Beliau berkata demikian dalam muat naik di Facebook selepas meninjau lokasi bukit dan gua batu kapur di Lembah Kinta bagi menganalisis status pengurusan dan kelestarian sumber bumi itu.
"Bukit batu kapur di Malaysia amat terhad dan hampir 50 peratus terletak di Lembah Kinta, Perak.
"Terdapat pelbagai situasi bukit dan gua batu kapur seperti tapak kuil dan tempat ibadat, tapak kuari, tapak rekreasi awam, tapak rekreasi, pengurusan swasta, kawasan industri dan pertanian, tapak tinggalan lombong atau kuari, kawasan perumahan mewah dan tanah terbiar atau dalam keadaan asli," katanya, pada Jumaat.
Dalam penerokaan di kawasan tersebut, Ibrahim mendapati sukar untuk mendekati dan menerokai bukit atau gua batu kapur kerana kebanyakan jalan adalah hak peribadi, dipagar atau dikawal.
Menjelaskan perkara itu, Ibrahim berkata, tempat yang dapat dilawati hanya taman rekreasi awam dan kuil atau tempat beribadat manakala bagi taman rekreasi (pengurusan swasta) perlu membayar tiket untuk masuk.
"Tapak perumahan mewah atau resort, anda boleh masuk hanya jika menjadi penghuni atau tetamu.
"Tapak kuari lebih sukar dilawati kerana isu keselamatan. Anehnya, kawasan ladang dan industri, pemilik menutup jalan untuk pergi ke kawasan bukit atau gua," ujarnya.
Astro Awani
Fri Feb 10 2023
Bukit dan gua batu kapur di Ipoh, Perak sepatutnya menjadi milik kerajaan negeri dan laluan awam ke kawasan itu tidak sepatutnya terhalang. -Facebook Ibrahim Komoo
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Bukit, gua batu kapur sepatutnya jadi milik kerajaan negeri - Pakar
Ibrahim mendapati sukar untuk mendekati dan menerokai bukit atau gua batu kapur kerana kebanyakan jalan adalah hak peribadi, dipagar atau dikawal.