Skip to main content
Advertisement

Sukan

Marquez akhiri kerjaya MotoGP dengan kedudukan podium di Valencia

Marc Marquez meraikan kejayaan di podium selepas menamatkan perlumbaan terakhir MotoGP dalam kariernya dengan kedudukan kedua. - Gambar Reuters
Marc Marquez meraikan kejayaan di podium selepas menamatkan perlumbaan terakhir MotoGP dalam kariernya dengan kedudukan kedua. - Gambar Reuters
Advertisement

MADRID: Juara dunia, Marc Marquez mengakhiri kerjaya cemerlangnya dalam MotoGP dengan menduduki tempat kedua pada Grand Prix Valencia yang merupakan perlumbaan penutup musim, lapor PA Media/dpa.

Pelumba Ducati dari Sepanyol itu yang merangkul gelaran dunia kelapan di Portugal meskipun perlu menjalani pembedahan bahu smasa kempen musim ini, membuat pengumuman mengejut pada Jumaat bahawa beliau akan bersara selepas pusingan terakhir di Cheste. 

Beliau memulakan perlumbaan pada Ahad dari barisan hadapan.

Advertisement

Marquez menduduki tempat ke-13 dalam perlumbaan Sprint yang tertangguh pada Sabtu selepas motosikalnya menjadi terlalu panas lalu terbakar ketika percubaan pertama untuk memulakan perlumbaan dibatalkan, memaksanya menggunakan motosikal gantian sekali gus dikenakan penalti dua pusingan panjang (double long lap penalty).

Bagaimanapun, tiada insiden sedemikian berlaku dalam perlumbaan utama pada Ahad apabila Raul Fernandez mendahului perlumbaan sejak awal dan memastikan kemenangan untuk Aprilia yang memenangi kejuaraan pengeluar MotoGP buat kali pertama, dengan Marquez ketinggalan sedikit lebih daripada dua saat, manakala Pedro Acosta (KTM) yang bakal menyertai Ducati menduduki tempat ketiga.

Advertisement

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement