Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada Isnin mencabar pembangkang supaya membuktikan terdapat negeri yang membentangkan laporan audit Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) atau Perbadanan Ketua Menteri (CMI) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka dan bersedia untuk berbuat demikian.
"Saya cabar kalau ada negeri yang bentang laporan audit MB Inc atau CMI kita (Perak) akan buat perkara yang sama.
"Walaupun enakmen penubuhan MB Inc tidak memperuntukkan untuk penyata kewangannya dibentangkan di dalam DUN, tetapi operasi MB Inc tetap diaudit oleh pihak yang bertauliah," katanya semasa menggulung perbahasan menjunjung kasih atas titah Diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada persidangan kali ini.
Zambry berkata adalah menjadi amalan laporan audit MB Inc tidak dibentang di persidangan DUN, namun prestasi operasi serta kewangannya dipantau oleh satu Lembaga Pengurusan yang dianggotai ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.
Menteri Besar itu turut menyelar tindakan Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) dan pembangkang amnya yang dilihat gemar membandingkan Perak dengan Pulau Pinang dalam banyak perkara.
"Bagi mereka Perak adalah seburuk-buruk negeri, manakala yang diagungkan, kononnya model yang baik, ideal adalah Pulau Pinang. Sikit-sikit Perak, lepas ni bertanding di Pulau Pinanglah," katanya.
Dalam sidang media kemudiannya, Zambry berkata beliau menganggap tindakan pembangkang yang gemar memainkan isu MB Inc itu merupakan satu percubaan untuk memberi gambaran buruk kepada imej kerajaan negeri.
"Sebab itu saya sebutkan dia lebih kepada permainan politik yang cuba menggambarkan MB Inc itu merupakan institusi yang buruk, padahal ia baru sahaja bermula pada 2012 tetapi dah diserang dengan teruk," katanya.
Menyentuh mengenai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas), Zambry berkata Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu tidak mempunyai hutang operasi sebanyak RM1 juta sebagaimana didakwa pembangkang.
Sebaliknya, Zambry berkata Kuisas mempunyai lebihan pendapatan melebihi RM3.9 juta yang boleh digunakan menampung kos-kos operasi pada masa akan datang.
Tambahnya, Kuisas turut memberi subsidi kira-kira RM96 juta kepada 4,000 pelajar yang mana setiap penuntut diberi subsidi RM24,000 untuk tempoh empat tahun.
Zambry berkata yuran pengajian yang dikenakan oleh Kuisas bagi proram ijazah adalah RM23,400, diploma (RM14,000) sekali gus menjadikan yuran pengajian yang dikenakan oleh IPT itu adalah antara yang terendah di Malaysia.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Apr 18 2016
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sesi perbahasan mesyuarat pertama penggal keempat Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Bernama
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kadar sewa rendah premis perniagaan di Pulau Melaka kepada belia minat berniaga
Kerajaan negeri tawar kadar sewa premis perniagaan yang rendah kepada golongan belia di Melaka, untuk berniaga di Pulau Melaka.
Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry
Sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka untuk berbuat demikian.