Buletin AWANI Khas: Suara Malaysia pecah sekatan laut haram Israel malam ini

Buletin AWANI Khas bersama aktivis GSF bersiaran pada 8.30 malam, 9 Oktober di semua pelatform Astro AWANI - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua tahun genosid Gaza, apa iktibar terbesar daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ketika pembantaian di Gaza terus berlaku?
Mampukah ilmu dan kesedaran tentang Palestin menembusi generasi, agama dan masyarakat global?
Buletin AWANI Khas bersama lima aktivis Sumud Nusantara, Zainal Rashid Ahmad, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Farah Lee dan Razali Awang jam 8.30 malam ini di saluran 501 dan semua platform Astro AWANI.
Antara lain, Zainal Rashid akan mendedahkan bagaimana 60,000 pekerja pelabuhan di Itali bersedia menutup operasi sebagai tanda solidariti jika kapal-kapal GSF diganggu.Beliau juga menegaskan bahawa misi ini bukan sekadar soal bantuan, tetapi satu seruan global terhadap kecuaian dunia yang membiarkan penderitaan rakyat Palestin berlarutan lebih tujuh dekad.
Razali turut berkongsi bagaimana flotila ini telah membuka mata dunia terhadap realiti yang dihadapi rakyat Palestin, manakala Farah dan Hazwani membawa suara wanita, ibu dan anak muda yang memilih untuk menyertai perjuangan ini demi masa depan yang lebih adil.
Turut bersama, Heliza Helmi, yang mahu menjadi pemangkin kekuatan dan solidariti rakyat Malaysia dalam isu kemanusiaan sejagat.
Saksikan kisah penuh inspirasi ini dalam Buletin AWANI Khas, suara dari laut, untuk bumi Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami