JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan pihak perunding yang menjalankan kerja-kerja reka bentuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di Muar, menjalankan siasatan terperinci dan menyediakan laporan berhubung kejadian bumbung runtuh membabitkan sebuah blok sekolah berkenaan.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.
"KPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar juga mengarahkan pihak perunding dan kontraktror, mengambil tindakan pembaikan dengan segera setelah siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan blok-blok yang terlibat dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
KPM menjelaskan pihaknya dan JKR Daerah Muar telah membuat siasatan dan mendapati struktur bumbung masih dalam pembinaan serta belum ditutup sepenuhnya.
"Angin kuat semasa kejadian telah memasuki struktur bumbung yang dalam keadaan separa terbuka telah menjadi punca kegagalan struktur bumbung di blok Meranti," menurut KPM.
Jelas KPM, kerja-kerja menaik taraf bumbung sekolah dan penyelenggaraan bangunan serta lain-lain kerja berkaitan di SMK Seri Menanti dilaksanakan melalui perolehan secara sebut harga oleh JKR Daerah Muar selaras dengan peraturan perolehan yang berkuat kuasa.
KPM memaklumkan, JKR Daerah Muar telah mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bumbung dan penyelenggaraan bangunan di sekolah berkenaan bermula dari 16 Ogos tahun ini dan dijangka siap bulan depan.
Semalam, media melaporkan bumbung sebuah blok di SMK Seri Menanti runtuh dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika sesi persekolahan dan semua pelajar sedang menjalani waktu rehat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Semalam, media melaporkan bumbung sebuah blok di SMK Seri Menanti runtuh. - Gambar/ FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Bumbung runtuh: KPM arah perunding reka bentuk SMK Seri Menanti buat siasatan
Siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.