KEPALA BATAS: Tujuh buah gerai makan di Simpang Ampat Permatang Buloh, Kepala Batas terbakar dalam satu kejadian kebakaran petang Selasa.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.50 petang membabitkan kebakaran pada bahagian bumbung di tujuh buah gerai yang bersambung.
Menurut abatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Pegawai Operasi PBK II, Mohd Nazli Mohd Shah @ Khalid berkata kebakaran melibatkan deretan tujuh unit gerai makan Kelas A satu tingkat dengan anggaran keluasan kira-kira 84 meter persegi setiap unit.
"Sebaik tiba, anggota mendapati api marak pada bahagian bumbung yang dibina daripada kayu dengan anggaran kebakaran kira-kira 50 peratus.
"Api dapat dikawal pada jam 4.02 petang," katanya pada Selasa.
Kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bertam terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Aug 24 2021
Tujuh buah gerai makan di Simpang Ampat Permatang Buloh, Kepala Batas terbakar dalam satu kejadian kebakaran petang Selasa. - Foto ihsan JBPM
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Polis siasat insiden peniaga Pasar Siti Khadijah gaduh berebut pelanggan
Polis Kota Bharu menerima dua laporan polis daripada kedua-dua belah pihak bersabit kejadian terbabit pada hari yang sama.
Bumbung tujuh gerai makan di Kepala Batas dijilat api
Tujuh buah gerai makan di Simpang Ampat Permatang Buloh, Kepala Batas terbakar dalam satu kejadian kebakaran petang Selasa.
Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.
COVID-19: Presma mohon kerajaan selaraskan waktu perniagaan restoran
Presidennya, Datuk Jawahar Ali berkata waktu yang dilihat bersesuaian untuk beroperasi adalah daripada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
COVID-19: Hanya seorang turun beli makanan di R&R PLUS
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac 2020, semua lebuh raya kendalian PLUS beroperasi seperti biasa.
Pulau Pinang bakal kuat kuasa larangan penjaja upah tukang masak asing
Pihak berkuasa tempatan sedang mendapatkan maklum balas daripada orang awam berhubung perkara itu dan larangan itu dijangka dikuatkuasakan seawalnya tahun depan.