PUTRAJAYA: Seorang bapa lima anak terlepas dari tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun, atas kesalahan membunuh bekas isterinya yang ketika itu masih berada dalam idah di sebuah rumah di Segamat, Johor, 19 tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, mengetepikan hukuman mati dijatuhkan kepada Daud Ahmad, 54, selepas membenarkan permohonan di bawah Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan), Akta 2023 yang berkuat kuasa tahun lepas.
Mahkamah memerintahkan lelaki yang sebelum ini bekerja kampung itu, menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005. Daud telah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun di Penjara Simpang Renggam, Johor.
Terdahulu, peguam Mohd Radzi Yatiman yang mewakili Daud memohon agar mahkamah mengetepikan hukuman mati dan digantikan hukuman penjara antara 31 tahun hingga 33 tahun dan tanpa sebatan, dengan mengambil kira faktor umur pemohon telah melepasi 50 tahun.
"Dalam kes ini, pemohon (Daud) sendiri telah menyerah diri kepada pihak polis dan tiada senjata digunakan. Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan kelapan iaitu ahli patologi merumuskan punca kematian sebagai Ligatour Strangulation yang mana si mati dijerut menggunakan selendang.
"Hubungan antara pemohon dan si mati ialah bekas isteri yang masih dalam idah. Pemohon telah insaf malah kelima-lima anaknya bergilir-gilir melawat pemohon (di penjara)," kata peguam itu dan memaklumkan tempoh idah bekas isteri pemohon pada ketika itu masih ada sebulan lagi.
Pada 28 Nov 2009, Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Daud yang didapati bersalah membunuh pekerja kedai makan Mimi Afiza Tamby, yang ketika itu berusia 31 tahun di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lubok Batu, Segamat, Johor antara 1.30 pagi sehingga 2.30 pagi, pada 26 Ogos 2005.
Mahkamah Rayuan pada 31 Mei 2012 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan rayuan perayu turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Sept 2013.
Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa berkata pihak pendakwaan tidak membantah pindaan hukuman mati, namun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun sehingga 40 tahun terhadap pemohon.
"Kami (pendakwaan) telah ambil maklum tentang ahli keluarga dan anak-anak kepada si mati dan tertuduh. Walaupun tiada senjata pisau digunakan tetapi selendang telah digunakan untuk menjerut leher bekas isterinya," katanya.
Berdasarkan fakta kes, Mimi Afiza merupakan bekas isteri Daud dan mereka bercerai pada 25 Jun 2005. Wanita itu tinggal bersama lima anaknya manakala lelaki itu tinggal di tempat lain.
Pada hari kejadian, berlaku pertengkaran antara Daud dan Mimi Afiza mengenai hak penjagaan anak lelaki bongsu mereka yang ketika itu berusia enam tahun. Keesokannya, mayat mangsa ditemukan di longgokan sampah kira-kira 18.3 meter dari kawasan rumah mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
Iran gugur hukuman mati terhadap aktivis terkenal - Peguam
Hukuman ke atas Sharifeh Mohammadi akan dibicarakan semula dalam perbicaraan baharu, kata peguamnya, Ami Raissian.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.