awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh isteri: Lelaki direman seminggu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/12/2025
02:00 MYT
Bunuh isteri: Lelaki direman seminggu
Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dengan diiringi polis jam 8.45 pagi. - Foto Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang mengaku membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di rumah mereka di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Lelaki mengaku bunuh isteri dengan pisau di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, direman tujuh hari bagi siasatan polis.
  • Reman bermula hari ini hingga 18 Disember, perintah dikeluarkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
  • Wanita ditemui mati dengan kesan kelar di leher, didakwa dibunuh suami yang kini ditahan; motif disebut cemburu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Savinder Singh ke atas lelaki berusia 28 tahun itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi tadi.
Tempoh reman bermula hari ini sehingga 18 Dis dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di mahkamah dengan diiringi polis jam 8.45 pagi.
Media semalam melaporkan seorang wanita maut dengan kesan kelar di leher, dipercayai dibunuh suami, yang menyimpan mayatnya di rumah itu selama empat hari.
Lelaki yang juga penganggur itu tampil ke Balai Polis Seberang Jaya memaklumkan mengenai kematian isterinya yang berusia 44 tahun.
Mangsa telah mendirikan rumah tangga dengan suspek sejak dua tahun lalu.
Suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.
Difahamkan, motif suspek bertindak sedemikian adalah kerana cemburu.
Topic Berkaitan
#bunuh isteri
#reman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Flat Jalan Tuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan