Skip to main content

Malaysia

Bunuh lima sekeluarga: Masalah kewangan mungkin jadi punca suspek bertindak - Polis

KUANTAN, 17 Feb -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap pada sidang media berhubung lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.  Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.  Orang ramai termasuk ahli keluarga turut dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis turut memasang gari
Yahaya berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dari pelbagai aspek sehingga menyebabkan suspek bertindak sedemikian.

KUANTAN: Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak mencederakan empat ahli keluarganya sehingga maut di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menyerang ibu kandung, isteri serta dua anak perempuannya sebelum dia ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat mencederakan diri sendiri.

Advertisement

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dari pelbagai aspek sehingga menyebabkan suspek bertindak sedemikian.

"Berdasarkan maklumat awal suspek baru berhenti bekerja kerja di Selangor bulan lalu dan baru memulakan pekerjaan di daerah ini.

"Dia tinggal di rumah ibunya bersama isteri, anak-anak dan tiga adiknya sejak sebulan lalu.

“Motif kita dalam siasatan lanjut, tapi kita tidak menolak kemungkinan masalah kewangan atau apa, dan kita masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Beliau menambah, semakan awal juga mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan masalah mental.

Terdahulu, Yahaya berkata, insiden tragis itu disedari salah seorang adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah selepas mendengar kekecohan di dalamrumah tersebut

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek, isterinya berusia 28 tahun serta dua anak perempuan mereka berumur tiga dan empat tahun ditemui maut di dalam sebuah bilik.

"Ibu suspek berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia di bahagian dapur,” jelasnya.

Yahaya memaklumkan, pihak juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

“Secara kasarnya, terdapat kesan kelar pada tubuh mangsa, namun laporan penuh bedah siasat masih ditunggu,” tambah beliau.

Kesemua mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Sinar Harian

Must Watch Video