awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh, makan anjing dan kucing: NGO gesa tindakan diambil

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/01/2019
12:28 MYT
Bunuh, makan anjing dan kucing: NGO gesa tindakan diambil
Video viral yang menunjukkan warga asing membunuh haiwan jalanan untuk dijadikan makanan menggemparkan netizen Malaysia. - Foto: Media sosial
Badan Bukan Kerajaan (NGO) New Future Generation Association menerusi Presidennya Fernandez Ganapathy menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminda undang-undang sedia ada supaya menjadikan suatu kesalahan jika mengambil haiwan yang lazimnya menjadi haiwan kesayangan di rumah terutamanya anjing dan kucing untuk dimakan.
Satu petisyen juga telah diadakan bagi mendesak Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub membantu menghentikan kekejaman haiwan jenis itu di Malaysia.
Dalam laporan petisyen berkenaan, beberapa individu dikatakan telah bertindak menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengadu berkaitan hal demikian, bagaimanapun hampa apabila JPV tidak dapat mengambil tindakan apa-apa kerana tiada akta yang melarang perkara berkenaan.
Kenyataan daripada syarikat tempat warga asing itu bekerja. - Media sosial
Kenyataan daripada syarikat tempat warga asing itu bekerja. - Media sosial
“Sedih untuk mengetahui bahawa Akta Kebajikan Haiwan 2015 (yang terkini Akta 772, 30 (2) A) tidak melarang membunuh haiwan termasuk anjing atau kucing untuk kegunaan manusia," menurut mesej peribadi yang dijawab oleh JPV.
Baru-baru ini, satu video viral menunjukkan beberapa pekerja asing dari sebuah syarikat yang dipercayai di Kuantan dilihat membunuh anjing dan kemudian memasaknya untuk dimakan.
Berikutan video itu, syarikat berkenaan telah membuat permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan dalaman ke atas pekerja asing tersebut.
Topic Berkaitan
#anjing
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#JPV
#Kuantan
#kucing
#Salahuddin Ayub
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan