awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh polis: 4 dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2017
04:06 MYT
Bunuh polis: 4 dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang
Empat lelaki yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan pegawai polis di Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang. -Gambar hiasan
Empat lelaki yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan pegawai polis di Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Kesemua mereka tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.20 pagi dikawal ketat pasukan khas Bukit Aman STAFOC.
Tertuduh, Johari Stiffen, 35 tahun; Shahadan Salim, 38 tahun; Norazif Ahmad, 37 tahun; dan Rosidi Aziz, 35 tahun, didakwa secara berasingan di bawah Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menganggotai kumpulan jenayah Geng Pak Su di Kubang Pasu dari 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos 2017.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara antara lima ke 20 tahun.
Hakim Azman Abu Hassan menetapkan 26 Oktober ini bagi sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Geng Pak Su
#jenayah terancang
#Johari Stiffen
#Norazif Ahmad
#Seksyen 130 V 1 Kanun Keseksaan
#Shahadan Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan