Seorang lelaki bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya di Kampung Jong, Gerik dekat sini pada pertengahan bulan lepas.
Tertuduh, Mohd. Norol Latif Abd. Raof, 50, kelihatan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Mengikut pertuduhan, Norol Latif yang bekerja kampung itu didakwa melakukan jenayah bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd. Sharulnizam Abdullah, 29, di hadapan sebuah rumah di Kampung Jong, Gerik pada pukul 1.20 pagi 16 Januari lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Mahkamah menetapkan 1 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, seorang lelaki mati dibunuh oleh seorang lelaki dipercayai kenalannya di Kampung Jong di sini.
Laporan Astro AWANI pada 16 Januari lepas itu juga melaporkan mangsa yang maut ditikam di bahagian dada dipercayai berpunca daripada sikap cemburu.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Feb 02 2018
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.
Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.
Bunuh rakan: Nelayan dipenjara 32 tahun, 12 sebatan
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas tertuduh, Nai San Thein, 38, warga Myanmar mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes langgar, tikam warga emas
Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan
Remaja itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir Kampung Sungai Payung Baroh, 20 Ogos lalu.
Empat lelaki warga Myanmar lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan empat lelaki warganegara Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka, empat tahun lepas.
Polis buru Tam bantu siasatan kes bunuh rakan serumah
Polis sedang memburu seorang lelaki Vietnam bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Kurau Ipoh.
Kepala dalam beg: Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara
Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.
Bunuh rakan satu sel, banduan dihadapkan ke mahkamah
Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan yang berkongsi sel dengannya di Kompleks Penjara Sungai Udang, bulan lalu.
Bunuh: Lelaki tidur dengan mayat rakan, dihukum gantung
Seorang lelaki yang tidur bersama mayat rakannya dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh mangsa, lima tahun lalu.