awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Anywhere, aplikasi akses CDS pertama di ASEAN dilancarkan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/06/2019
05:54 MYT
Bursa Anywhere, aplikasi akses CDS pertama di ASEAN dilancarkan
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhammad Umar Shift berkata, Bursa Anywhere merupakan sistem mudah alih yang pertama di ASEAN dan kedua di Asia iaitu selepas Taiwan.
Bursa Malaysia Berhad melancarkan aplikasi mudah alih terbaharu, Bursa Anywhere yang membolehkan pelabur individu mengakses Sistem Depositari Pusat (CDS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhammad Umar Shift berkata, ia merupakan sistem mudah alih yang pertama di ASEAN dan kedua di Asia iaitu selepas Taiwan.
Bursa Anywhere juga akan menjadi pusat sehenti bagi pelabur runcit untuk menguruskan semua perkara melibatkan akaun CDS mereka.
"Kami mahu memberi akses mudah kepada pelabur-pelabur untuk membuat pelaburan selain memberi banyak pilihan kepada pelabur.
"Jadi, kami menyasarkan pelabur runcit menggunakan produk ini dan kami teruja untuk berkongsi mengenai manfaatnya hari ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bursa Anywhere di bangunan Bursa Malaysia di sini pada Selasa.
Pelabur berdaftar akan dapat menyemak baki pegangan saham di dalam akaun CDS dan nilai pasaran selain akses serta muat turun penyata akaun bagi 12 bulan.
Ia boleh dimuat turun oleh pendeposit yang mempunyai akaun CDS bermula hari ini (Selasa) melalui aplikasi mudah alih.
Pendaftaran bagi mengakses aplikasi Bursa Anywhere adalah percuma.
"Kami menyasarkan untuk memberi pengalaman ini kepada hampir dua juta pemegang akaun CDS, menyediakan akses informasi diperlukan termasuk pergerakan dan trend yang bakal membuka kepada kemungkinan baharu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Asia
#Bursa Anywhere
#Bursa Malaysia
#Malaysia
#pelaburan
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan