MALAYSIA
Bursa Gold Dinar, platform pelaburan emas patuh Syariah

4.25g emas 999.9, boleh ditebus dengan cara mudah melalui aplikasi mudah alih Bursa Gold Dinar. - Foto Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR: Bursa Gold Dinar, sebuah platform pelaburan emas digital inovatif yang memudahkan pengguna membeli, menjual, memindah, dan menebus emas dengan lebih selamat, fleksibel, serta mematuhi prinsip Syariah.
Ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih mesra pengguna, Bursa Gold Dinar membolehkan pelaburan emas dilakukan secara dalam talian dengan lebih mudah dan diyakini, sekali gus memperluaskan capaian masyarakat terhadap aset selamat tersebut.
Platform Bursa Gold Dinar ini menyediakan pelbagai ciri-ciri menarik termasuk:
• Pengeluaran tunai serta-merta – pelabur boleh mencairkan pelaburan emas mereka pada bila-bila masa.
• Penyimpanan selamat – setiap simpanan emas digital anda disandarkan dengan emas fizikal yang disimpan dalam peti simpanan berkawalan tinggi.
• Penebusan fizikal – setiap 4.25 gram emas digital boleh ditukar kepada sebuah dinar emas dan akan dihantar terus ke alamat anda.
• Pemindahan mudah – pengguna boleh menghantar emas kepada ahli keluarga atau rakan terus menerusi telefon pintar.
• Maklumat zakat – pengguna boleh pantau kewajipan Zakat dengan mudah melalui aplikasi Bursa Gold Dinar.
• Notifikasi harga emas – pengguna boleh menerima makluman perubahan harga emas semasa melalui notifikasi.
• Kemudahan dagangan kendiri – pengguna bebas berdagang emas memalui pasaran primer dan sekunder.
Antara paparan aplikasi Bursa Gold Dinar yang mesra pengguna, menampilkan akaun emas, maklumat harga emas semasa dan pusat zakat. - Gambar Bursa Malaysia
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Bursa Malaysia dalam menggalakkan pelaburan beretika dan mampan, seiring perkembangan teknologi kewangan serta keperluan pelabur moden yang mengutamakan kemudahan dan pada masa yang sama patuh Syariah.
Bursa Gold Dinar turut memperkenalkan promosi istimewa kepada pengguna baharu dengan pelaburan minimum RM100, baharu akan menerima 0.03 gram emas percuma dengan menggunakan kod promosi “GOLD”.
Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2025 dan khas untuk pengguna baharu Bursa Gold Dinar yang belum berdaftar.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi Bursa Gold Dinar hari ini di Google Play Store atau Apple App Store bagi memulakan pelaburan emas digital anda secara mudah dan selamat.

Pelaburan emas kini lebih mudah, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja dengan aplikasi Bursa Gold Dinar. - Gambar Bursa Malaysia
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar secara langsung, Bursa Malaysia turut membuka reruai khas di Jelajah Jiwa SME 2025 anjuran Astro AWANI, sebagai usaha mendekatkan platform ini kepada usahawan tempatan dan komuniti setempat.
Antara lokasi seterusnya siri jelajah ini termasuklah:
• Imago Shopping Mall, Sabah – 26 & 27 Julai (Sabtu & Ahad)
• Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan – 29 & 30 Ogos (Jumaat & Sabtu)
• AEON Mall Bandaraya Melaka, Melaka – 27 & 28 September (Sabtu & Ahad)
• The Curve, Mutiara Damansara, Selangor – 24 hingga 26 Oktober (Jumaat hingga Ahad)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami