Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu ini dengan pelabur menunggu pengumuman beberapa data ekonomi termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia pada Rabu ini.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axitrade Stephen Innes berkata, pasaran mengambil kira perkembangan dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China kerana masih perlu berhati-hati mengenai situasi itu.
“Saya berpendapat ringgit dijangka diniagakan secara bersifat defensif namun dijangka meningkat berikutan harga minyak mentah yang terus stabil dan data China yang positif pada minggu ini,” katanya.
Keadaan ini adalah sehingga Presiden AS, Donald Trump memberikan pengesahan beberapa tarif tidak akan dikenakan semula ke atas China.
Namun begitu, beliau menjangkakan situasi saling tuduh menuduh antara kedua-dua kuasa besar itu tentang dari mana virus COVID-19 sebenarnya berpunca, akan berterusan buat seketika.
Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena cuti gantian bagi cuti umum Nuzul al-Quran yang jatuh pada Ahad.
“Keadaan dijangkakan sukar tetapi mungkin bertambah baik pada suku kedua 2020, tetapi saya tidak mengharapkan sesuatu pada minggu ini berikutan pengumuman KDNK yang dijangkakan lemah,” katanya.
Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika minggu ini.
Innes menambah, selain data yang sama, tumpuan turut diberikan kepada laporan jualan runcit dan pengeluaran industri China yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini yang dijangka kukuh.
Astro Awani
Mon May 11 2020
Innes berkata, tumpuan turut diberikan kepada data jualan runcit dan pengeluaran industri China yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini yang dijangka kukuh. Facebook / Stephen Innes
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 0.59 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.