awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh asing maut, empat cedera dihempap besi konkrit

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/03/2018
05:06 MYT
Buruh asing maut, empat cedera dihempap besi konkrit
Ia membabitkan runtuhan rangka struktur bangunan kilang yang dalam pembinaan berkeluasan 60x70 kaki persegi. - Foto Ihsan JBPM Selangor
Seorang buruh asing maut manakala empat lagi cedera apabila dihempap struktur besi konkrit di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, di sini pagi ini.
Ia membabitkan runtuhan rangka struktur bangunan kilang yang dalam pembinaan berkeluasan 60x70 kaki persegi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Nurizwan Basri berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tadi.
"Seramai 11 anggota bersama FRT dan EMRS bergegas ke lokasi kejadian dan pihak kami mendapati terdapat lima mangsa.
"Empat daripada mereka berjaya diselamatkan manakala seorang yang tersepit didapati meninggal dunia ketika dibawa keluar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#bomba
#Bukit Beruntung
#buruh asing
#cedera
#dihempap besi
#mangsa
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan