awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan maut dengan perut terburai

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
19/10/2017
07:23 MYT
Buruh binaan maut dengan perut terburai
Keadaan mangsa, Tan Yee Chuan, 31, yang maut selepas ditikam dan diserang dua lelaki bertopeng di luar premis sebuah pusat hiburan di Jalan Haji Ahmad di sini, awal pagi tadi. -Foto ihsan PDRM
Seorang buruh binaan dijumpai mati dalam keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan pisau di luar premis sebuah pusat hiburan di Jalan Haji Ahmad, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Tan Yee Chuan, 31, dari Taman Tas di sini dipercayai diserang dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau kira-kira jam 3.45 pagi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, ketika kejadian mangsa bersama rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang berbual di luar premis berkenaan.
Tiba-tiba muncul dua lelaki yang menyerang mereka sebelum seorang suspek bertindak menikam mangsa dan melarikan diri.
"Rakan mangsa membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian perut.
"Dua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Cina berdasarkan kepada bahasa Kantonis dituturkan mereka ketika kejadian.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Zaizul Zakaria di talian 013 9823630.
Topic Berkaitan
#buruh binaan
#ditikam dengan pisau
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#Jalan Haji Ahmad
#perut terburai
#pusat hiburan
#Taman Tas
#Tan Yee Chuan
#Zaizul Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan