awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan maut dipukul majikan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/08/2022
02:40 MYT
Buruh binaan maut dipukul majikan
Mangsa meninggal dunia selepas mendakwa dipukul majikan menggunakan topi keledar sehingga mengalami kecederaan. -Gambar hiasan
GUA MUSANG: Seorang buruh binaan maut akibat dipukul dengan topi keledar dipercayai oleh majikannya di Mentara Lama, di sini, pada Khamis.
Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, Pahang selepas tiga hari menerima rawatan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada jam 12.30 pagi, Isnin lalu, mangsa pergi ke rumah seorang rakan di kampung sama dan mengadu dipukul oleh majikannya.
“Pada jam 7 pagi, rakan dan abang mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk rawatan lanjut, namun meninggal dunia di hospital terbabit pada jam 6.30 pagi, Khamis,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bekerja dengan suspek sebagai buruh binaan rumah di Mentara Lama, di sini.
“Punca awal kejadian disebabkan mangsa yang dikatakan mengambil duit upah membina rumah daripada pelanggan tanpa pengetahuan suspek.
“Suspek berang lalu bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar sehingga mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan,” katanya.
Susulan itu katanya, suspek lelaki berusia 40 tahun ditangkap dan ditahan reman sehingga Selasa ini.
“Kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kemudian diklasifikasikan mengikut 302 Kanun Keseksaan memandangkan mangsa meninggal dunia,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buruh binaan
#Mentara Lama
#dihentak topi keledar
#ambil duit upah bina rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan