awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan warga Indonesia maut digilis lori

Sinar Harian
Sinar Harian
14/01/2023
22:15 MYT
Buruh binaan warga Indonesia maut digilis lori
Buruh binaan warga Indonesia maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Lebuhraya Sprint menghala ke Damansara pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut digilis sebuah lori setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) menghala ke Damansara dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 5.17 petang.
Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Subang menuju ke rumahnya yang terletak di Batu Caves.
"Mangsa merupakan seorang lelaki berumur 36 tahun itu menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 110 sebelum hilang kawalan lalu mengakibatkan mangsa terjatuh.
"Sebuah lori yang datang dari arah belakang mangsa gagal mengelak lalu menggilis mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan dijalankan turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu. Mayat mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya Inspektor R.Navalana di talian 014-2536820," tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buruh binaan
#Nahas
#digilis
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan