awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan

Aida Aziz
Aida Aziz
27/01/2025
04:55 MYT
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Pasukan perubatan KKM memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang buruh lelaki warga Bangladesh maut setelah dipercayai terjatuh dari kerangka besi setinggi lapan meter di tapak pembinaan dekat Taman Meru Raya, Bandar Meru Raya di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 43 tahun itu terjatuh ketika sedang melakukan kerja di tapak pembinaan tersebut.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan.
"Anggota bomba membuat pemeriksaan dan memberi bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada mangsa.
"Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Operasi berkenaan tamat jam 10.45 pagi.
Topic Berkaitan
#buruh
#terjatuh bangunan
#warga asing
#kerangka besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan