awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara

Bernama
Bernama
06/04/2024
21:34 MYT
CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara
CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan pemeriksaan tujuan khas (SPI) di 19 lapangan terbang domestik dan antarabangsa di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemeriksaan itu tertumpu kepada kemudahan aerodrom yang kritikal termasuk landasan, laluan pesawat, apron dan penunjuk arah angin bagi memastikan ia mematuhi piawaian yang telah digariskan dalam dokumen Arahan Penerbangan Awam (CAD) 14 Jilid 1: Reka Bentuk dan Operasi Aerodrom.
"MoT melalui CAAM telah mengambil tindakan segera dan langkah proaktif untuk memastikan keselamatan dan pematuhan aerodrom di Malaysia susulan kemalangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun pada Januari lepas," menurut kenyataan itu.
Menurut MoT CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara antaranya Malaysia Airports Holdings Berhad, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd dan Tanjung Manis Development Sdn Bhd.
Kenyataan itu menyebut bengkel diadakan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.
"Ia adalah komitmen bersama untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kecekapan dan kemampanan tertinggi dalam industri penerbangan," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menyatakan komitmen bersama-sama CAAM untuk memastikan semua aerodrom di Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Menurut MoT komitmen itu penting kerana ia bukan sahaja bagi memastikan keselamatan aerodrom di tahap tertinggi, malah satu bentuk persediaan bagi Malaysia untuk program audit ICAO di masa hadapan.
Menurut kenyataan itu usaha CAAM untuk memastikan pematuhan piawaian secara keseluruhan oleh semua pengendali aerodrom, mencerminkan tanggungjawab kolektif dalam mengekalkan tahap keselamatan dan integriti infrastruktur penerbangan di negara ini.
"MOT akan terus menyokong pelaksanaan pelbagai langkah bagi menunjukkan dedikasi pihak kementerian terhadap aspek keselamatan, kecekapan dan kemampanan pengangkutan udara di Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAAM
#lapangan terbang
#aerodrom
#pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan