awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai

Bernama
Bernama
12/06/2024
23:30 MYT
CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai
Beliau berkata sebagai badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia, CAAM bertanggungjawab mengawasi segala aspek teknikal pengoperasian udara bagi memastikan semua piawaian keselamatan dan sekuriti dipatuhi.
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melanjutkan tempoh penggantungan sementara Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) bagi Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) selama 52 hari berkuat kuasa 10 Jun, 2024 sehingga tarikh akhir sah perakuan AOC syarikat itu pada 31 Julai, 2024.
Penggantungan sementara itu dilakukan mengikut peraturan 193(3), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, dalam tempoh penggantungan itu, SAS disarankan untuk melaksanakan pematuhan terhadap segala keperluan kawal selia yang ditetapkan serta garis masa bagi memperoleh kelulusan sewajarnya daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) agar dapat beroperasi semula dengan selamat.
"CAAM mengeluarkan AOC bagi memberi kelulusan kepada pengendali operasi udara untuk terlibat dalam pengoperasian pesawat tertentu.
"Antara aspek utama yang dinilai untuk pemberian dan pembaharuan AOC adalah kemampuan pihak pengendali operasi udara untuk menjalankan pengoperasian yang selamat dan selaras dengan peruntukan spesifikasi operasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata sebagai badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia, CAAM bertanggungjawab mengawasi segala aspek teknikal pengoperasian udara bagi memastikan semua piawaian keselamatan dan sekuriti dipatuhi.
Norazman berkata CAAM menjalankan audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan pengendali operasi udara dalam bidang pengangkutan udara komersial, operasi dan layak terbang.
Menurut laporan media sebelum ini, CAAM mengesahkan penggantungan tiga bulan AOC SAS selepas Mavcom tidak memperbaharui permit perkhidmatan udara SAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAAM
#gantung sementara
#Sijil Perakuan Pengendali Udara
#mavcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan