awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM lantik Norazman Mahmud sebagai CEO baharu

Bernama
Bernama
23/12/2022
11:10 MYT
CAAM lantik Norazman Mahmud sebagai CEO baharu
Kapten Norazman Mahmud dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baharu berkuatkuasa 1 Jan 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kapten Norazman Mahmud dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baharu berkuatkuasa 1 Jan 2023.
Pengerusi CAAM Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman berkata pelantikan itu dibuat di bawah Seksyen 21 Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 (Akta 788).
Beliau berkata pelantikan itu adalah susulan penilaian menyeluruh yang dilaksanakan oleh anggota CAAM berkenaan calon paling layak menerajui CAAM, dan cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
"Menteri Pengangkutan meluahkan keyakinannya dengan cadangan oleh anggota pihak berkuasa dan untuk CAAM meneruskan momentum positif pada tahun 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazman yang merupakan Timbalan CEO (Kawal Selia) CAAM ketika ini, menggantikan Datuk Chester Voo yang meletak jawatan.
Mohd Khairul Adib berkata Norazman mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan selama lebih 30 tahun dan pernah berkhidmat di syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd sebelum menyertai CAAM pada 2020 sebagai Pengarah Bahagian Operasi Penerbangan.
Menurutnya Norazman pernah menjadi juruterbang pelbagai jenis pesawat Boeing dan Airbus malah merupakan juruterbang pertama Malaysia yang diiktiraf bagi pesawat Airbus A350.
"Beliau (Norazman) berperanan penting membantu proses transformasi menyeluruh CAAM dalam tempoh dua tahun yang lalu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAAM
#CEO baharu
#Kapten Norazman Mahmud
#pihak berkuasa penerbangan awam malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan