awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM umum arahan dron baharu bulan depan

Bernama
Bernama
25/01/2021
21:12 MYT
CAAM umum arahan dron baharu bulan depan
Aktiviti pesawat tanpa pemandu di Malaysia pada ketika ini terikat dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 04/2008. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM Zainul Abidin Maslan berkata, penguatkuasaan peraturan baharu akan memerlukan proses berulang-ulang seperti pendaftaran, kebenaran dan pengawasan bagi meraih masa depan yang cerah dalam industri dron di Malaysia.
Katanya, proses-proses lain perlu dilakukan secara dalam talian atau menerusi platform pengurusan trafik tanpa pemandu.
"Kami berharap dapat mengumumkan (arahan ini) pada Februari. Peraturan baharu ini akan turut menyediakan panduan yang mencukupi bagi memastikan hanya pengendali yang cekap mempunyai hak dan kelulusan untuk mengendalikan dron bagi kegunaan industri," katanya pada Sidang Kemuncak UAV Maya Pertama Dunia 2021 pada Isnin.
Kira-kira 300 peserta menyertai sidang kemuncak itu dengan penglibatan penceramah dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Greece, Romania, Perancis dan Belgium.
Pihak berkuasa kawal selia tempatan yang turut serta dalam sidang kemuncak itu termasuk CAAM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia.
Menurut Zainul, aktiviti pesawat tanpa pemandu di Malaysia pada ketika ini terikat dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 04/2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron
#arahan baharu
#CAAM
#Zainul Abidin Maslan
#uav
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan