awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabar polis bergaduh, remaja didenda RM2,500

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/11/2020
08:27 MYT
Cabar polis bergaduh, remaja didenda RM2,500
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
BUKIT MERTAJAM:Seorang remaja lelaki didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dan mencabar anggota polis untuk bergaduh.
Majistret Sri Praca Nanthini Balabedha membuat keputusan itu selepas Jovinthen Jarman, 19, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, remaja dari Sabah itu bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata: "Kalau kamu berani kamu buka uniform, kita lawan bah" terhadap Lans Koperal Muhammad Syahir Hasmi di Jalan Taman Limau Manis di Bukit Mertajam pada jam 1.30 pagi 8 November lepas.
Dia turut didakwa bertindak agresif dengan menolak anggota berkenaan sehingga terjatuh.
Tertuduh sebelum itu ditahan kerana menunggang motosikal dengan enjin yang kuat dan bising.
Berikutan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan mengurangkan hukuman, tertuduh memaklumkan dia bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam dengan pendapatan RM1,200 dan perlu menyara adik dan datuknya di Sabah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Kalaivaanan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#cabar polis bergaduh
#remaja lelaki
#motosikal bising
#buka uniform
#mahkamah
#Bukit Mertajam
#halang penjawat awam
#bergaduh
#lawan
#Sri Praca Nanthini
#Jovinthen Jarman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan