PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya pada Khamis gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung hal ehwal kewangan mereka.
Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara menolak rayuan Daim dan keluarganya itu, bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman atas alasan penyiasatan jenayah, tidak sesuai untuk ulasan kehakiman.
"Oleh sebab itu, mahkamah menolak permohonan pemohon tanpa sebarang arahan mengenai kos,” kata Hakim Azizah.
Pada 4 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai SPRM yang menjalankan siasatan.
Daim, 85, isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, 66, dan empat anak mereka - Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25 - serta Ilham Tower Sdn Bhd memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 10 Jan dan menamakan SPRM dan Pendakwa Raya sebagai responden.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Bernama
Thu May 09 2024
Panel hakim sebulat suara menolak rayuan Daim dan keluarganya itu, bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman atas alasan penyiasatan jenayah, tidak sesuai untuk ulasan kehakiman. - Gambar fail
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Isteri Tun Daim, dua anak beri keterangan di SPRM
Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM sahkan sita Menara Ilham, siasatan berkait harta Tun Daim - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin.
Perjanjian ECRL dijangka ditandatangani Malaysia-China pada Jumaat
Tun Daim Zainuddin dilapor sudah tiba di Beijing dan sedang berunding mengenai perincian perjanjian berkenaan dengan China.
Jho Low ada 'penasihat' yang bagus - Daim
Tun Daim percaya bahawa Jho Low tidak bertindak seorang diri melakukan jenayah penyelewelengan berbilion ringgit daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
'Saya dan Tun Mahathir bakal gegarkan Port Dickson' - Anwar
Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu teruja untuk bergandingan semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas.
CEP tiada niat dedah Laporan 100 hari kepada umum - Jomo
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan Laporan 100 hari pentadbiran kerajaan yang disediakan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak perlu didedahkan kepada umum.
Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, surat pengguguran itu susulan sokongan masing-masing terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti.
Tun Daim jangan mudah lupa kegagalan zamannya - Bastien
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diingatkan tidak melupakan rentetan kegagalan semasa zamannya yang membawa kepada beberapa isu besar pemerintahan negara.