Nah! Inilah wajah yang berani ambil risiko untuk jatuh kasih, Siti Saleha dan Keith Foo. Tahun 2015 bakal menyaksikan dua wajah kacukan ini bertamu kalbu dan mengerat rasa dalam filem arahan Osman Ali, Langit Cinta yang amat dinantikan. Ya, sebuah kisah yang diolah dan dirumus semula daripada novel nukilan Fauziah Ashari. Sebarisan nama-nama gah membintangi filem ini, selain Keith dan Saleha, Nur Fazura meneraju utama dibantu Farid Kamil, Fauziah Ahmad Daud dan Zaidi Omar. Khabarnya filem ini juga bakal disokong runut bunyi indah gabungan suara Anuar Zain dan Dato Siti Nurhaliza. Hanya yang terbaik sahaja untuk filem yang paling dinanti-nantikan ini. Selain daripada itu, Keith Foo dan Siti Saleha bakal meniti 2015 sama sinaran nan terang bikin suluh jalan kerjaya.
pictrure-sdadasd.jpg
Siti Saleha bakal muncul dalam telefilem bersama Aaron Aziz untuk tayangan Astro First Exclusive pada Februari ini, untuk filem berjudul Cinta Paling Agung tukangan sutradara Indonesia, Hanung Bramantyo, yang pernah mengarahkan filem Ayat-ayat Cinta dan Soekarno.


Maksudnya? Harus jadi ‘fake’?
Tidak, Saleha mahu hidup bebas ikut acuan sendiri dan menjadi diri sendiri. Namun Saleha pastikan segalanya tidak akan melukakan perasan peminat dan keluarga Sekiranya kita menghormati mereka, mereka juga akan berbuat perkara sama. Mereka membenarkan Saleha melalui waktu muda dengan bebas, namun Saleha tahu untuk simpan hal peribadi yang tidak boleh dikongsi sama peminat. Dalam hal ini, Saleha lebih gemar kongsi fasal kerja dan aktiviti seni.

Bagaimana pula bekerja dengan Osman Ali
dan nama-nama gah untuk filem Langit Cinta? Sudah beberapa kali peluang bekerja dengan Osman Ali tidak dapat dilunaskan, justeru kali ini Saleha nekad untuk terimanya. Dia berhubung dengan setiap pelakon mengikut caranya yang tersendiri. Tutur katanya lembut dan sentiasa berkongsi rasa dan pendapat tentang watak Saleha sebagai Suzana, ia pengalaman yang hebat. Perihal pelakon yang lain, Saleha terkedu melihat Zaidi Omar membawa satu watak yang mengkehendaki dia mengalirkan air mata, sangat menyentuh perasaan, rasa hormat melihat cara dia bekerja, begitu juga dengan Fauziah Ahmad Daud, Keith Foo, Fazura dan Farid Kamil. Tidak perlu rasa ego, yang penting hasil lakonan mantap dan chemistry antara pelakon. Kami semua punya watak yang sama penting dan tiada pertandingan untuk membuktikan siapa lebih hebat. Kami bekerja untuk lunaskan tanggungjawab yang diamanahkan, sentiasa bertanya dan hormati orang yang lebih berpengalaman. Saleha juga pastikan kala duduk menunggu scene untuk tidak ralit bermain sama telefon bimbit, sebaliknya cuba cari mood dan mendalami karakter yang dibawa.
10422130_1605018926376870_1119088882865348297_n.jpg
Teks & Penata Gaya: @veliciousvass
Fotografi: @chuanlooi dari Yipieyaya Studio
Arahan Seni: @aznistoria
Penyelaras: @ziaf_damahom
Pembantu Penyelaras: @rosie.rania
Solekan: @kf_bong dibantu @eldorasd
Dandanan: @meshsubra
On @keithfoo: Jaket kulit & celana @Dior Homme
On @sallywho: Dress multicetak, Dior
Video: @bermaid & James
Props: Terima kasih En. Fahmi untuk Motosikal Triumph Tiger Cub