Semua pihak Lembaga Maahad Tahfiz di negeri Perak perlu tegas dan mengambil tindakan mengetatkan kawalan disiplin bagi mengelak sebarang bentuk perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar seperti pencabulan seksual.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin, kes pencabulan seksual yang dilaporkan berlaku di sebuah Maahad Tahfiz dan kini dalam siasatan pihak polis dapat dielakkan sekiranya pihak Lembaga sekolah dan Maahad Tahfiz berkenaan mengetatkan kawalan disiplin.
Beliau bimbang sekiranya perkara seperti ini tidak dikawal dan dibendung ia boleh menjejaskan imej semua maahad tahfiz yang terdapat di negeri Perak yang selama ini melahirkan ramai para hafiz.
BACA: Maahad tahfiz dalam seliaan negeri, kementerian tidak campur tangan - Mahdzir
BACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
"Kes pencabulan seksual seperti ini maka sudah tentunya menjejaskan imej maahad-maahad tahfiz di negeri ini yang amat dikenali kerana melahirkan ramai para hafiz,‘’ katanya ketika dihubungi.
Datuk Yusop juga menegur mereka yang memviralkan isu maahad tahfiz itu sebagai pusat pemulihan sedangkan pusat-pusat agama seumpama itu telah berjaya melahirkan ramai insan yang baik dan para hafiz.
"Satu atau dua kes tidak perlu diviralkan kerana pusat-pusat seumpama itu melahirkan ramai orang yang baik-baik dan para hafiz kasihanilah mereka yang hendak mendidik anak-anak kita,’’ jelasnya.
BACA: Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
BACA: Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi
Namun begitu, katanya, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Menurut Datuk Yusop, ini kerana maahad tahfiz terbabit adalah sekolah swasta yang bukan dibawah urus tadbir JAIPk berbanding sekolah menengah agama negeri dan tahfiz yang terdapat di lima daerah di Perak yang berdaftar dengan JAIPk.
Katanya, maahad tahfiz terbabit mempunyai lembaga tadbir yang berkuasa melantik guru, memulih pelajar , kewangan sendiri dan mengambil tindakan disiplin serta lain-lain perkara.
Menurut Datuk Yusop, pihaknya telah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu dan pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa orang pelajar.
Semalam, polis Perak mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di sini yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.
Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak maahad tahfiz berkenaan.
Menurut Abdul Rahim, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Aug 25 2016
Menurut Mohd Yusop kes pencabulan seksual dapat dielakkan sekiranya pihak Lembaga sekolah dan Maahad Tahfiz berkenaan mengetatkan kawalan disiplin. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.