awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul poster: Saya maafkan mereka - Gadis Shell

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
04/07/2017
09:09 MYT
Cabul poster: Saya maafkan mereka - Gadis Shell
Model botol air mineral stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh memaafkan tindakan segelintir lelaki yang bertindak di luar batasan terhadap posternya ketika bergambar. -Foto shell.com.my
Model botol air mineral stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh memaafkan tindakan segelintir lelaki yang bertindak di luar batasan terhadap posternya ketika bergambar.
Penyelia Shell cawangan Tronoh itu berkata walaupun perkara tersebut mengaibkan namanya namun beliau tidak ingin perkara tersebut berlarutan.
Katanya, setiap manusia pastinya membuat kesilapan dan beliau berharap agar kejadian yang mengundang rasa tidak senang kepada dirinya dan suami tidak akan berulang lagi.
“Saya sendiri tidak mengetahui ada di antara lelaki yang tidak sensitif, menyentuh bahagian-bahagian sensitif poster tersebut, tapi saya tidak ingin memandang serius perkara ini.
“Paling penting, mereka tidak ulangi tindakan tersebut kerana mendatangkan contoh tidak baik kepada anak-anak kecil, dan generasi muda lain.
“Saya pun, bukannya sesiapa nak halang mereka. Benda ini sudah jadi, saya maafkan mereka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, gadis lulusan Diploma Ukur Tanah dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah itu mula dikenali ramai selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.
Kata gadis cilik ini, perlakuan tersebut tidak melambangkan nilai-nilai murni sebagai rakyat Malaysia dan diharap agar ia tidak berulang lagi.
“Sekarang, Shell pun akan turunkan semua poster itu, jadi tak ada masalah saya rasa. Secara peribadi saya maafkan mereka,” ujarnya lagi.
Nor Shafila, yang satu ketika dulu popular apabila posternya yang menimbulkan kejutan mulai viral di laman sosial, ‘muncul’ sekali lagi dengan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex.
Topic Berkaitan
#Dynaflex
#Nor Shafila Khairusalleh
#Penyelia Shell
#shell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan