IPOH: Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun yang terbabit dalam kes cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, polis mengesahkan menerima satu laporan polis mengenai kejadian tersebut semalam daripada mangsa wanita berusia 36 tahun.

"Hari ini, Polis Ipoh telah mengesan satu video berdurasi 14 saat yang ditularkan melalui media sosial memaparkan satu kes tangkapan suspek cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan, yang mana telah menarik perhatian masyarakat umum.

"Suspek yang melakukan perbuatan jenayah tersebut telah pun ditangkap. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul kehormatan)," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, polis juga berjaya memperoleh perintah tahan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi siasatan lanjut.

"Dengan tertangkapnya suspek tersebut maka kes ini telah berjaya diselesaikan.

"Pihak polis akan melengkapkan siasatan kes ini dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan pertuduhan," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis mahu pun mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan satu video berdurasi 14 saat yang ditularkan melalui media sosial memaparkan satu kes tangkapan suspek cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan.

Di dalam video itu turut memaparkan kapsyen "DAH KENA KUTIP! Moral: Pasar Malam bukan tempat untuk kau senang-senang 'MERABA'".