KUALA LUMPUR: Lebih RM1.3 juta menanti 983 pemenang melibatkan pendeposit Simpan SSPN menerusi kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, kelainan yang dibawa kali ini untuk kempen tahunan tersebut adalah dengan menampilkan tiga kategori berbeza iaitu Silver, Gold dan Platinum.
“Ketiga-tiga hadiah utama ini adalah Proton S70 bagi kategori Silver, Proton X50 bagi kategori Gold dan Proton X90 untuk kategori Platinum.
“Jadi kepada semua masyarakat Malaysia, rebut peluang ini dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024, buka akaun atau tambah deposit simpanan dalam Simpan SSPN dan mereka layak untuk menyertai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024,” katanya.
Istimewa kali ini, Cabutan Siri WOW! Kasih diperkenalkan bagi menghargai insan bermakna dalam kehidupan antaranya sempena sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru.
Kategori Cabutan siri lain adalah seperti WOW! Gong Xi Ang Pow, WOW Syoknya Raya, WOW! Merdeka dan WOW! Superheroes.
Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat peluang satu cabutan manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.
Tambahnya lagi, kempen berkenan turut memberi kelebihan bilangan cabutan berganda kepada pengguna aplikasi myPTPTN.
Katanya pendeposit Simpan Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau potongan gaji atau debit terus akan mendapat sebanyak lima cabutan.
Manakala pendeposit SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau potongan gaji atau debit terus akan mendapat 10 cabutan.
Kempen tahunan tersebut adalah usaha berterusan PTPTN dalam menggalakkan amalan penabungan dan tanda penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN.
Pada majlis yang sama, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 kategori cabutan tahunan yang berakhir 31 Disember 2023 lalu.
Pemenang utama Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 bernilai RM150,000, Mohd Azamuddin Ariffin menggesa orang ramai terutama ibu bapa untuk mengambil peluang membuat simpanan melalui Simpan SSPN.
“Sebenarnya banyak manfaat yang kita boleh peroleh melalui simpanan di Simpan SSPN ini antaranya dapat pelepasan taksiran cukai dan patuh syariah di samping cabutan yang dianjurkan sendiri oleh PTPTN," jelasnya.
Sementara itu, guru Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh Perak juga telah dipilih sebagai pemenang utama kempen Bulan Menabung Simpan SSPN 2023.
“Saya tidak sangka saya boleh menang kerana saya memang mahu membuka akaun simpanan untuk anak bongsu saya yang baru lahir bulan Mei yang lalu.
“Saya memilih untuk membuka akaun Simpan SSPN ini sebagai tabung simpanan pendidikan tiga orang anak saya untuk mereka melanjutkan pelajaran di masa hadapan kelak," katanya.
Untuk rekod, setakat 31 Disember 2023, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM17.39 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 6.25 juta.
Sebarang info lanjut mengenai PTPTN boleh layari laman sesawang www.ptptn.gov.my.
Astro Awani
Wed Jan 31 2024
Tempoh Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 berlangsung sehingga 31 Diseber tahun ini - Foto PTPTN
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.