awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2023
08:21 MYT
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
Menurut Norliza, PTPTN sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, Simpan SSPN turut memberi perlindungan takaful, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.


Menurutnya, PTPTN sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak.
“Kita membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk memulakan penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan dan memupuk amalan menabung dari awal usia anak-anak.
“Saya juga amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melanjutkan insentif pelepasan taksiran cukai ini kepada pendeposit Simpan SSPN sehingga tahun taksiran 2024,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Norliza juga mengajak masyarakat untuk segera membuat simpanan dalam Simpan SSPN sebelum 31 Disember tahun ini agar berpeluang menikmati insentif pelepasan taksiran cukai bagi taksiran 2023.
Jelasnya, deposit yang diterima adalah berjumlah RM16.38 bilion dengan sebanyak 6.18 juta akaun direkodkan sehingga 30 November 2023.
“Ini menunjukkan ia menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi,” ujarnya.
Selain itu, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang akan berakhir hujung bulan ini.
Seramai 138 pemenang bakal menikmati hadiah tunai hampir RM500,000 sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PTPTN
#Norliza Abdul Rahim
#Simpan SSPN
#pelepasan taksiran cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan