KUALA LUMPUR: Pengoperasian Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) hibrid memanfaatkan sistem teknologi maklumat dengan memaksimumkan penggunaan sistem e-COVID yang telah dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pengurusan kes COVID-19 sejak permulaan pandemik ini tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, justeru inisiatif CAC hibrid yang pertama seumpamanya dilaksanakan di CAC Bandar Tun Razak, Cheras akan diperluaskan terutamanya CAC negeri-negeri di luar Lembah Klang agar dapat dimanfaatkan seluruh rakyat.
"CAC Hibrid ini memanfaatkan sistem teknologi maklumat tanpa mengabaikan perawatan perubatan secara bersemuka yang amat penting dalam penyampaian kesihatan yang efektif.
"Pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 akan diminta hadir ke CAC Hibrid ini bagi urusan pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan awal secara virtual (maya) dan fizikal oleh petugas kesihatan di sini," kata beliau menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.
Beliau berkata setelah diberikan arahan kuarantin di rumah, pesakit akan dipantau di kediaman masing-masing secara telepersidangan video oleh petugas kesihatan yang terlatih.
Menerusi hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan beliau berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke CAC Bandar Tun Razak petang semalam bagi meninjau sendiri pengoperasian di sebalik tabir CAC hibrid.
Beliau berkata inisiatif ini juga memudahkan petugas kesihatan untuk memantau pesakit dengan lebih dekat seterusnya mengenal pasti dengan lebih pantas pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan di Lembah Klang seterusnya dapat mengurangkan kes-kes mati ketika dibawa (BID) dalam kalangan pesakit COVID-19.
"Selain daripada memangkin penyampaian perkhidmatan perubatan kepada pesakit COVID-19, pengoperasian CAC Hibrid ini juga memastikan kemudahan akses kepada pesakit-pesakit dari sudut pendaftaran, saringan, pemeriksaan, pemantauan serta pemberian dan penamatan HSO (Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah) ," katanya.
Dr Noor Hisham berkata pengoperasian secara hibrid ini juga dapat mengurangkan bahan buangan klinikal dan menjimatkan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) sekali gus membantu memastikan kelestarian alam sekitar.
"CAC Hibrid ini dapat membantu KKM dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang efektif terutamanya apabila berdepan dengan krisis kesihatan awam yang terburuk abad ini...inisiatif CAC Hibrid ini akan sentiasa ditambah baik.
"Saya juga berharap agar inisiatif ini akan dijadikan batu loncatan di masa hadapan terutamanya di dalam pengurusan wabak dan bencana serta pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCDs) seterusnya meneruskan usaha pemodenan sistem kesihatan negara," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Dr Noor Hisham mengadakan lawatan kerja ke CAC Bandar Tun Razak petang Sabtu bagi meninjau sendiri pengoperasian di sebalik tabir CAC hibrid. - Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
HSBC yakin Malaysia tidak mungkin ikut langkah Indonesia, Filipina naikkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mungkin mengikuti rakan bank pusat di Indonesia dan Filipina dalam menaikkan kadar faedah apabila jawatankuasa dasar monetarinya bermesyuarat minggu ini, kata HSBC.
Jualan Proton meningkat 17 peratus pada bulan lalu
Pengeluar kereta nasional itu berkata jualan bagi empat bulan pertama tahun ini turut meningkat kukuh kepada 50,175 unit berbanding 49,702 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga koko tinggi berpotensi beri pulangan besar kepada lebih 5,000 pekebun kecil koko - Johari Ghani
Kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM9.5 juta untuk pelaksanaan projek penanaman koko dan pemulihan ladang koko. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penanaman koko baharu akan meliputi kawasan seluas 350 hektar manakala projek pemulihan ladang koko akan merangkumi kawasan seluas 2,126 hektar.
Shell bincang jual stesen minyak di Malaysia kepada Saudi Aramco - Sumber
Rundingan bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang, kata satu sumber. Dua sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu meletakkan potensi saiz urus niaga pada kira-kira RM4 bilion hingga RM5 bilion ringgit ($844 juta hingga $1.06 bilion).
[TERKINI] Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs bantu menjual $6.5 bilion bon untuk 1MDB, yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dengan bantuan pembiaya Malaysia Jho Low untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.
AWANI Pagi: Bersediakah kita dengan kecerdasan buatan?
Bersempena perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia 10 Mei ini, masih ramai tertanya-tanya bersediakah kita rakyat Malaysia mendepani teknologi itu?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO), Prof Madya Ts. Dr. Mohd Ibrahim dalam progam AWANI Pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
Ikuti diskusi bersama Pengarah Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO), Prof Madya Ts. Dr. Mohd Ibrahim dalam progam AWANI Pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
58 peratus jemaah haji Malaysia tahun ini kaum wanita
Daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia, 42 peratus merupakan jemaah lelaki.
Akses mudah media sosial, pornografi punca masalah sosial dalam kanak-kanak
Mohd Shuhaily berkata, kanak-kanak mudah mendapat akses kepada perkara-perkara negatif khususnya kandungan pornografi di media sosial.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
CAC hibrid manfaatkan sistem teknologi maklumat urus pesakit COVID-19
Inisiatif CAC hibrid pertama di CAC Bandar Tun Razak akan diperluaskan, terutamanya ke negeri-negeri di luar Lembah Klang.