Mohd Azmi Md Rejab, 57, lebih dikenali Pak Selamat merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan sejak dilahirkan.
Meskipun begitu, Azmi yang mempunyai jiwa kental membuktikan dia mampu hidup berdikari dengan membuka pusat urutan tradisional dan refleksologi bagi menyara keluarga termasuk lapan orang anak
Katanya dia menceburi bidang urutan secara serius sejak tahun 2000 lagi kerana menyedari tidak mampu melakukan kerja lain memandangkan pergerakannya terbatas.
"Pada awalnya, saya sering berulang alik mengambil upah mengurut di sebuah premis di Pulau Pinang, namun ia bertahan selama tiga tahun sahaja sebelum saya berhenti dan meneruskannya di rumah dan pasar malam di Kulim dengan pendapatan sebanyak RM20 semalam.
"Namun saya terpaksa berhenti ekoran kekangan perjalanan untuk ke sana (pasar malam di Kulim) dan dengan bimbingan serta modal geran pelancaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM2,000, saya membuka pusat urut di sini bersama isteri," katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.
Azmi berkata perniagaan perkhidmatan urutan yang turut dibantu isterinya kini bertambah maju dengan mampu meraih pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari.
Katanya dia turut mendapat bantuan daripada Jabatan Tenaga Kerja bagi pembelian peralatan seperti kerusi urut, pendingin hawa serta mengubah suai premis bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.
"Urutan tapak kaki dan tubuh baik untuk memulihkan pengaliran darah, merangsang dan memulihkan semula organ-organ dalaman. Bayaran yang dikenakan berpatutan antara RM20 hingga RM55 mengikut jenis dan tempoh urutan, setakat ini sambutan amat menggalakkan," katanya.
Jelas Azmi selain itu dia juga menyediakan latihan kepada OKU lain serta turut menawarkan khidmat urutan di rumah jika diperlukan.
"Saya galakkan golongan OKU menceburi bidang urutan dan refleksologi ini kerana di mana saja kita berada, ia boleh dijadikan punca pendapatan, peluang masih terbuka kerana tak ramai lagi melibatkan diri dalam bidang ini," katanya.
Dia kini bernaung di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dan turut menjadi tenaga pengajar urutan peringkat kebangsaan.
Azmi juga dinobatkan penerima Anugerah Khas Usahawan OKU Cemerlang 2017 peringkat negeri.
Selain urutan, dia juga mempunyai bakat terpendam dengan menjadi pengacara di rumah kenduri dan program-program anjuran persatuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
Azmi berkata perniagaan perkhidmatan urutan yang turut dibantu isterinya kini bertambah maju dengan mampu meraih pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari. - Foto BERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
32 OKU penglihatan tawan Bukit Dinding
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan.
Penggali kubur cacat penglihatan uruskan 'rumah terakhir' jenazah pesakit COVID-19
"Selalunya saya berusaha menenangkan ahli keluarga yang hanya dibenar melihat urusan pengebumian dari jauh".
J-KOM, MAB jalin kerjasama tingkatkan pengehakupayaan komuniti OKU
Masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Braille: Titik-titik yang menyinari kehidupan OKU penglihatan
Braille terbukti membantu kejayaan baik dari aspek sosio-ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan juga politik.
Cacat penglihatan bukan penghalang ayam panggang Wak Legend laris!
Hanya bergantung kepada deria pendengaran dan bau untuk memastikan ayam yang dipanggangnya masak dengan sempurna.
Kisah inspirasi atlet paralimpik bola sepak dalam Eye On The Ball
Hanya bermula dengan sebuah video pendek, kisah perjalanan sekumpulan atlet paralimpik bola sepak dalam mempertahankan kejuaraan mereka di pentas sukan antarabangsa diangkat ke layar perak.
Warga emas OKU maut dalam kebakaran rumah
Seorang warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Ara Payung, Batu Gajah pada Ahad.
Tilawah Al-Quran: OKU penglihatan mahu bersaing peringkat lebih tinggi
Sebelum ini, katanya, pertandingan tilawah Al-Quran Braille hanya diadakan di pusat pengajian Pertis di Seberang Takir, Kuala Nerus dalam skala kecil.
Cacat penglihatan bukan halangan buka pusat urut
Mohd Azmi Md Rejab, 57, lebih dikenali Pak Selamat merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan sejak dilahirkan.