SERDANG: Cacat penglihatan bukan penghalang bagi Khairullah Affarouk Paiman, 37, untuk terus menempa kejayaan di peringkat tertinggi bagi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi pensyarah dalam bidang bahasa.
Anak kelahiran Felda Pemanis, Segamat, Johor itu berjaya menggenggam ijazah Sarjana Bahasa Melayu dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sedang menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Beliau antara 945 graduan UPM yang menerima skrol pada sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-44 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Khairullah Affarouk ketika ditemui Bernama berkata cacat penglihatan dialaminya sejak berusia 13 tahun bukan alasan untuk dirinya berputus asa sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
"Saraf mata saya rosak akibat terkena bola dan doktor memaklumkan ia tidak boleh dibaiki lagi...mulai saat itu, saya menyertai sekolah pendidikan khas untuk mendalami ilmu menggunakan tulisan Braille.
"Memang ia agak sukar dan saya ambil masa enam bulan untuk belajar tulisan Braille... Alhamdulillah, berkat usaha, kini saya sudah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan hanya selangkah lagi untuk mendapatkan PhD," katanya.
Berkongsi cara pembelajarannya, beliau berkata teknologi serba canggih seperti Mesin Pencetak Braille di UPM memudahkan urusan untuknya mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan.
"Bahan-bahan juga diperoleh daripada internet dan saya memang banyak habiskan masa di perpustakaan kerana banyak kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) belajar di tempat itu," katanya.
Turut senada dengan Khairullah Affarouk, adalah bekas atlet sepak takraw negara Muhammad Kamal Ishak, 29, yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan kereta pada 2019 dan kini berjaya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani UPM.
Beliau berkata motivasi utama untuknya terus menyambung pendidikan meskipun lumpuh adalah isterinya iaitu Nik Nurzilawatie Nik Wil, 29, dan anak perempuannya Nur Assyifa Media yang berusia dua tahun.
"Akibat kemalangan, memang saya terbaring dan tidak boleh bergerak...ahli keluarga yang membantu dan menguruskan diri saya sepanjang saya terlantar selama hampir empat bulan.
"Alhamdulillah selepas menjalani fisioterapi, saya dah boleh gerakkan tangan dan boleh duduk di atas kerusi roda dan belajar...syukur kini saya bergelar siswazah UPM," katanya.
Menceritakan cara pembelajarannya, Muhammad Kamal berkata ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), proses pembelajaran diadakan secara dalam talian memberi kelebihan buatnya kerana tidak perlu bergerak ke universiti.
"Semua pembelajaran secara dalam talian termasuk latihan industri di sekolah sukan negeri...kalau perlu pergi ke sekolah mungkin dalam sekali seminggu," katanya.
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berhasrat untuk menyumbang bakti dalam sukan sepak takraw negara dari segi kejurulatihan atau menyediakan analisis sukan itu.
"Memang saya rindukan sukan sepak takraw...kalau boleh saya ingin teruskan sumbangan untuk sukan ini... sepak takraw memang sebati dengan diri saya kerana ia permainan sejak kecil lagi," katanya yang bermain posisi apit kanan ketika mewakili negara.
Antara kejayaan dikecapi Muhammad Kamal adalah membantu Malaysia meraih pingat perak acara regu berpasukan di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Atlet sepak takraw kebangsaan, Muhammad Kamal Ishak (kanan) bersama graduan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu yang buta kedua mata, Khairullah Affarouk Paiman selepas majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-44 hari ini. - Bernama
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.
Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas
Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.
40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI
Antara matlamat utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran program pengajian Doktor Falsafah di bawah FSM khususnya.
UiTM tamatkan perkhidmatan pensyarah terlibat gangguan seksual serta merta
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuat kuasa serta merta.
HEP UiTM santuni isu 'mahasiswa B40 viral'
HEP UiTM juga jelasnya sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa, khususnya golongan mahasiswa B40 di UiTM.
Hina pelajar B40: Facebook rasmi UiTM jadi sasaran warga maya
Selain menuntut pengurusan UiTM memberi penjelasan, mereka juga menggesa tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.