awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan kenaikan kadar bayaran lesen bot nelayan laut dalam di peringkat akhir

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
20/12/2017
20:37 MYT
Cadangan kenaikan kadar bayaran lesen bot nelayan laut dalam di peringkat akhir
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kajian kenaikan kadar bayaran bagi permohonan lesen bot nelayan laut dalam kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan di peringkat Kabinet. foto - BERNAMA
Kajian kenaikan kadar bayaran bagi permohonan lesen bot nelayan laut dalam kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan di peringkat Kabinet.
Selain itu, kadar denda terhadap kesalahan turut dilihat dalam kajian tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, yuran lesen laut dalam yang dikenakan buat masa ini adalah terlalu rendah.
Oleh itu, beliau percaya perlu ada penambahbaikan kepada syarat permohonan.
"Sekarang ini, saya anggap kadar bayaran terlalu rendah, iaitu hanya RM3,000 setahun. Jadi, kita perlu lihat semula.
"Ini bertujuan untuk membendung masalah pencerobohan di kawasan larangan yang semakin berleluasa," kata Ahmad Shabery.
Tambahnya, pencerobohan nelayan laut dalam ke kawasan pesisir pantai telah mengakibatkan nelayan pantai menanggung kerugian besar sepanjang tahun.
Dalam kejadian terbaru, nelayan di Kuala Paka, Terengganu serta Pengkalan Chepa, Kelantan hilang punca pendapatan apabila bubu dan unjam yang dipasang mereka musnah akibat kegiatan bot laut dalam.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#bot dalam
#laut
#nelayan
#perikanan
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan