PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan lafaz penuh ikrar Rukun Negara dalam majlis rasmi kerajaan, di sekolah dan institut pengajian tinggi serta Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI adalah antara yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Pengerusi MPPN itu turut membincangkan hasil kajian Indeks Perpaduan Nasional dan cadangan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
"Mesyuarat ini juga mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli MPPN mengenai usaha dan inisiatif baharu yang telah dilaksanakan dalam memperkasa agenda perpaduan nasional," menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang dikeluarkan sempena mesyuarat itu.
KPN berkata mesyuarat juga memfokuskan kepada pelaporan mengenai pelaksanaan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian itu di bawah flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah.
Semasa mesyuarat, Fadillah berkata masyarakat perlu berganding bahu bagi menjayakan gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempercepatkan lagi proses pembinaan negara bangsa melalui teras perpaduan yang kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran.
"Keutuhan perpaduan adalah kunci untuk keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara," kata Fadillah.
Menurut kenyataan itu Timbalan Perdana Menteri menasihatkan rakyat Malaysia agar menjauhi sifat ekstremis yang menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api perkauman yang boleh mencetuskan perpecahan dan suasana tidak harmoni dalam negara.
Menurutnya Fadillah turut menekankan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada 21 Mei lepas, agar nilai perpaduan dijadikan aset negara bagi menjamin masa depan, mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat, dan rumah dijadikan asas permulaan amalan perpaduan.
KPN berkata adalah menjadi tanggungjawab bersama ahli MPPN bagi memikirkan usaha yang perlu dilaksanakan sejajar dengan kerangka perpaduan baharu yang telah dibangunkan kementerian itu berlandaskan konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian bagi merealisasikan konsep Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

KPN berkata mesyuarat juga memfokuskan kepada pelaporan mengenai pelaksanaan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian itu di bawah flagship Kembara Perpaduan. - Gambar FB Fadillah Yusof

Perang tarif dijangka berakhir dengan situasi menang-menang walaupun dapat kecaman di seluruh dunia - Ahli ekonomi
Ini kerana 104 daripada 168 negara yang dikenakan tarif awal bulan ini, kini dalam rundingan untuk terma perdagangan yang lebih baik.

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.

Imuniti siber: Strategi baharu Kaspersky untuk perangi jenayah siber
Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.

Peralihan ketara Malaysia: Mengharungi cabaran penting subsidi bersasar
Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.
Sidang khas Dewan Rakyat platform suarakan pandangan - Fahmi
Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini menjadi platform kerajaan dan pembangkang menyampaikan pandangan mengenai isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.
Staf Ascott Malaysia santuni pelbagai haiwan eksotik
Peserta berkesempatan mendekati musang fennec dan kura-kura buaya.

MPPN lulus pembangunan ruang sosial perumahan kos rendah dalam KRT
Cadangan pembangunan ruang sosial dan fizikal di kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan strata kos rendah dalam bandar telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).

Cadangan lafaz penuh ikrar Rukun Negara antara dibincangkan dalam mesyuarat MPPN
Mesyuarat yang dipengerusikan Fadillah itu turut membincangkan hasil kajian Indeks Perpaduan Nasional dan cadangan pemerkasaan KRT.

Sekuriti makanan negara: Perlu tindakan susulan jangka sederhana dan panjang - MPPN
MAFI akan ambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan dalam mesyuarat.

Mesyuarat pertama MPPN bincang jalan penyelesaian isu perpaduan
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan ia turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalannya.

Dr Irmohizam, 11 yang lain dilantik sebagai ahli MPPN
Mereka yang dilantik bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Ronald Kiandee dalam mengenal pasti isu berkaitan sekuriti makanan serta sektor pertanian dan industri makanan.

MPPN masih relevan walaupun Akta Hasutan dikekalkan - Ramon Navaratnam
Intipati Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional harus dimasukkan di dalam Akta Hasutan apabila ia dipinda, kata ahli Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN), Tan Sri Ramon Navaratnam.