awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan membina parkir bertingkat di Zoo Negara

Bernama
Bernama
22/07/2015
00:45 MYT
Cadangan membina parkir bertingkat di Zoo Negara
Zoo Negara sedang memenuhi segala keperluan yang diperlukan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kesenangan pengunjung. - Gambar fail
Zoo Negara akan membina kemudahan parkir bertingkat tahun depan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun.
Timbalan Pengarah Persatuan Zoologi Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, tempat letak kereta baharu itu mampu memuatkan sehingga 2,000 kereta pada satu-satu masa berbanding ketika ini yang hanya dapat menampung 600 kereta.
Beliau berkata kekurangan tempat letak kereta amat dirasai pada hujung minggu dan cuti umum termasuk Hari Raya Aidilfitri ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu.
Mengenai usaha menjadikan Zoo Negara bertaraf dunia, Rosly berkata pihaknya sedang memenuhi segala keperluan yang diperlukan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kesenangan pengunjung.
Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mekla menyokong usaha Zoo Negara meningkatkan kemudahan demi keselesaan pelawat.
"Cadangan tempat letak kereta serta kemudahan lain harus dimulakan segera bagi memudahkan pengunjung datang ke Zoo Negara," katanya yang memilih Zoo Negara sebagai antara tempat riadah pilihannya.
Zoo Negara dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan mempunyai lebih 5,137 binatang daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.
Tarikan utama ketika ini adalah pasangan panda gergasi comel 'Xing Xing' dan 'Liang Liang' yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#kemudahan
#parkir bertingkat
#pengunjung
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan